Rahsia cara cara resepi buat “Minyak Buluh Perindu”

Posted: August 27, 2011 in 2011

Kaum melayu kita ni memang terkenal dengan black magic atau lebih dikenali ilmu hitam, aku juga sempat belajar salah satu cara untuk buat minyak perindu keluarga ku sendiri, maklumlah benda ni resepi turun menurun dari atok nenek moyang aku heheheheh. Yup memang benar, aku telah mengunakannya untuk nampak lagi muda anggun sihat dan bergaya. Oleh kerana aku ingin menjadi sesorang berhemah tinggi aku akan mengajar cara-cara membuat minyak perindu ini. Buat minyak perindu ini bukan susah beb, tapi pantangnya cukup dahsyat, anda tidak boleh bercakap selama 2 jam sebelum menyapu minyak ini dibadan anda. tidak boleh melalui tempat kain jemuran, melalui bawah kain yang disidai dan tidak boleh memberitahu orang yang anda tengah mengunakannya. sekarang aku dah tak gunakannya, so boleh la bagitau korang-korang yang ingin tahu. dan pantang paling penting sekali dilarang mengunakannya pada hari jumaat. Barang-barang untuk membuatnya pulak paling susah pun nak cari buluh perindu, tapi takpe korang cuba sahaja mencarinya, Buluh perindu ni selalunya bentuk macam biasa, cara nak tau itu buluh perindu senang jer. korang amik 2 ranting yang paling kecik kat buluh(dan lembut), rendam dalam air, kalo buluh tu berpelukan satu sama lain, ertinya buluh tu buluh perindu. Aku berjaya berjumpa dalam masa 1 bulan. Buluh perindu ni biasanya ialah raja segala buluh; setiap satu kawasan buluh mesti ada suatu buluh yang istimewa dimana biasanya buluh itu hanya tumbuh di satu tempat yang terasing daripada buluh yang lain walaupun di satu kumpulan yang sama.

                                                                                              ( contoh buluh perindu yng aku ambil di internet)

 

Ok sekarang aku listkan barang-barang yang diperlukan untuk membuat minyak perindu ni.

1. Minyak wangi tanpa alchohol
2. Kain kuning kecil diikat pada botol (kain sutera)
3. Buluh perindu (hanya sebahagian ranting kecil yang lembut)
4. Limau atau asam jawa
5. Segelas air

Ok setelah dapat barang-barang ni. perkara pertama anda perlu buat adalah tunggu pada malam jumaat koliwon (malam jumaat yang misteri). tempat sebenarnya boleh dilakukan dimana-mana, sambil menonton tv, tengok wayang ke, tak kesah ikut suka korang la, tapi yang penting nak lebih afdal didalam bilik gelap. sekarang ni amik minyak wangi tu buka tutup dia dan letakkan buluh 2 ranting kecil yang lembut kedalamnya, lepas tu amik segelas air letakkan limau atau asam jawa kedalamnya dan minum seteguk demi seteguk. pastu tunggu sekejap, dalam 3 minit sambil menutupkan mata anda, tanpa menbukanya. kira macam bertapa, kalo dengar bunyi-bunyian mengerunkan pada masa tu buat bodoh jer, jangan buka mata. kalau buka anda memang silap besar, apabila bunyi dipastikan tadi sudah tiada dan tidak kedengaran lagi, buka mata anda dan ambil botol tu mengunakkan tangan kiri anda dan letakkan dekat-dekat mulut anda. bacakan mentera ini

Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar
Begitulah jua
Harapan padamu
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar
Biar saja
Aku jadi
Penggantinya
Di sisimu
Kau yang cantik
Sopan santunmu
Paling comel
Di hatiku
Ku tahu kau diluka oleh teman lama
Oh pertama kali
Aku mengenalmu
Kau selalu tersenyum
Tersenyum padaku
Dan seperti jua
Bola-bola api
Makin semarak cinta
Cintaku padamu
Boleh saja
Kau jadilah
Penggantinya
Di sisiku
Kau yang baik
Sopan santunmu
Paling comel di hatiku

selepas tu tutup botol tu, goncang dan ia sedia digunakan. anda juga boleh mengubah mentera itu kalo terlampau panjang. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s