Gay ke aku? Lembut ke aku..?

Posted: January 26, 2011 in 2011
Aku menganggap diriku sebagai lelaki lain dari yng lain. Gaya ku ada kepada metroseksual.  Sebagai lelaki Metroseksual aku rasakan hidup memang tidak begitu mudah….haizzzz
 
Seperti biasa aku akan memerlukan masa yng agak lama utk bersiap. Tapi aku tak semesti mahukan pakaian yang bergaya di mana-mana sahaja aku pergi. Actually i like free and easy simple yet nice…tak dinafikan aku memang cerewet ketika memilih  membeli baju atau barang. Sebagai lelaki metroseksual, aku juga tidak segan untuk menggayakan pakaian yang menarik perhatian umum.  But now…aku releks sudah..my days da over beb..huhu!
 
Aku mementingkan kekemasan berpakaian. Aku tidak selesa jika pakaian tidak bergosok dan aku tidak selesa memakai pakaian sebanyak dua kali tanpa di cuci. Aku berkata begini kerana ada lelaki yang tidak kisah baju kerja tidak bergosok dan ada yang memakai pakaian kerja berulang kali tanpa dibasuh. Dari segi aksesori badan pun aku tidak kisah sekira tidak memakainya yang mana ia amat penting bagi seorang lelaki metrokseksual yang lain. Pernah aku mencuba sesuatu aksesori ianya pasti tidak akan bertahan selama sehari pun pada badan aku. Aku pasti akan membukanya dan tidak akan menggunakannnya lagi. Aku cepat rimas…Dari segi penjagaan diri pula, di dalam beg aku ade segala kejadah yang sewaktu dengannya. Aku gunakan losyen, minyak wangi dan sebagainya. Yessss..i admit aku mengunakan product jenama MAC.  I used concealer hanya utk cover up ape ape yng patut…huhuhuhuhu…. even those guys celebrity found using MAC in thier bag too. 
Apa yang aku cuba jelaskan di atas tadi adalah ciri-ciri seorang lelaki metrokseksual yang ada pada aku. Metrosexual tidak membuktikan seseorang itu adalah seorang GAY. Ini kerana ada sebahagian kecil lelaki metroseksual mempunyai orientasi seks yang normal. Mereka  mengenali seorang metroseksual yang gay dengan mengenal pasti dua ciri iatu warisan genetik dan gerak tubuh…..
 
Dari segi warisan genetik, ada kajian yang dibuat menunjukkan peratusan seseorang menjadi gay dan lelaki lembut adalah tinggi jika ianya sudah ada di dalam genetik mereka. Maknanya, jika ada saudara terdahulu yang gay atau lelaki lembut maka kemungkinan besar sekurang-kurangnya seorang generasi akan datang daripada kelompok keluarga berkenaan akan menjadi seperti itu juga.
 
Apa pun warisan genetik bukanlah satu ciri yang wajib. Tanpa warisan genetik pun seseorang boleh menjadi gay mahupun lelaki lembut. Sebaliknya dari segi gerak tubuh ia perlu ada bagi membuktikan seseorang itu gay atau lelaki lembut. Difahakan sebagai seorang metroseksual seseorang itu memang teratur gayanya dan sebagai gaya kelembutannya terserlah. Untuk melihat semua itu perlu ada pemerhatian yang mendalam kerana untuk mengenalpasti seorang lelaki dengan gaya penuh teratur dan lembut bukan mudah tidak seperti mengenalpasti lelaki nyah yang gayanya sungguh ketara (gaya mengada-ngada).
 
Antara yang selalu diperhatikan ialah gaya mereka di hadapan meja makan yang mana mereka dikatakan amat berseni ketika makan. Mereka duduk, memegang sudu dan garpu, memegang gelas ketika minum, gaya mengunyah, kebersihan dan beberapa gaya lagi. sungguh kelaassssss!!!!
Terutama ada sebilangan yng mengejutkan apabila gaya memegang gelas sewaktu minum sama seperti gaya aku juga. Aku pun terfikir, “Adakah aku ni lelaki lembut?”.
 
Seterusnya pada contoh lain pula aku terkejut lagi. Diperjelaskan cara seorang lelaki normal memeriksa tapak kasut, dalam keadaan berdiri akan mengangkat satu kaki ke hadapan manakala bagi perempuan dan lelaki lembut (gay) adalah ke belakang. Aku terkejut kerana aku pun sewaktu dalam keadaan berdiri akan mengangkat satu kaki ke belakang bagi memeriksa tapak kasut ku. “Lelaki lembutkah aku?”, terus bermain di fikiran ketika itu.
 
Setelah sekian lama aku tetap merasakan aku masih lelaki separuh normal and indeed metroseksual dari gaya gaya ku . Cuma mungkin ada sedikit ‘AUAAAWW’ pada diriku. Sedikit pun tak akan menjejaskan kredibiliti kelelakian ku. ape ape pun…ape orng kat luar sana nak kata lantak laa, pi jahanam.  ….ade ku kessahhhhh???!!!! Pi jahanam…Pi mamposss….:)
 
Hahhahahahahahhahaha….!!
 

 Liat la…aku…ni la aku…dunia ku…aku tetap aku…amacammmm cun tak  gua???? Ape ape pun,selamat beramal…ciow..bebey!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s