Eeerrr masih VIRGIN ke??!!

Posted: January 26, 2011 in 2011
 
Virgin Marry…Dara, yessaaaa… Gambar diatas tu…adalah topic intresting yng akan ku canangkan petang nih….huhuhuhu. Kebanyakan daripada kita berpendapat yang seorang gadis masih memiliki dara adalah mereka-mereka yang masih memiliki selaput dara pada mereka. Selaput dara ini diketahui masih terjaga bila mana malam pertama si isteri berdarah. Jika tiada, maka orang ramai beranggapan gadis itu sudah tidak ada dara sebelum malam pertama lagi.
 
Kemudian ada fakta fakta tambahan yang mengatakan gadis-gadis yang aktif berkemungkinan rosak selaput daranya dan mereka ini juga dianggap masih dara kerana pecahnya selaput dara bukan kerana ‘pencerobohan’ seorang lelaki. Jadi pendapat awal tadi mengenai malam pertama yang berdarah bukanlah ukuran yang tepat mengenai status dara seseorang.Jika hanya berpandukan kepada selaput dara sahaja, ia juga boleh mengelirukan kerana ada gadis yang bijak menjaganya walaupun sebenarnya mereka ini telah diterokai secara suka sama suka.
 
Aku pernah terdengar beberapa orang gadis yang berpendapat mereka masih seorang dara walaupun telah tidur bersama teman lelaki mereka. Mereka berpendapat aktiviti-aktiviti ringan sesama pasangan samada secara lengkap berpakaian ataupun tanpa seurat benang tidak menjejaskan dara mereka selagi selaput dara tersebut belum pecah. Jika tidak tidur bersama juga, aktiviti-aktiviti ringan sesama pasangan boleh berlaku. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan penerokaan tubuh seorang gadis secara kecil-kecilan ataupun meluas. Ianya pula berlaku secara suka sama suka.
 
Antara aktiviti-aktiviti ringan adalah bersentuhan bersama pasangan. Biasanya ia bermula dari berpegangan tangan lalu kemudian peluk pinggang ataupun bahu dan seterusnya kepada penerokaan yang meluas.Ciuman pula ,sesama pasangan bercinta juga boleh dianggap aktiviti bersentuhan menggunakan bibir. Ada yang sekadar memberi ciuman di tangan, ada yang di dahi, ada di leher, ada sesama mulut dan seterusnya.Selain bersentuhan secara langsung, bersembang seks dengan pasangan samada secara bersemuka ataupun menggunakan alat perantaraan untuk menaikkan nafsu syahwat sesama mereka juga boleh dianggap sebagai satu aktiviti ringan. Ini adalah satu bentuk penerokaan secara tidak langsung yang mana mereka ‘bersentuhan’ secara imaginasi pula.
 
Jika tidak melibatkan aktiviti ringan sesama pasangan, seseorang boleh ‘disentuh’ juga secara imaginasi jika dia dengan sengaja mendedahkan tubuhnya melalui pakaian yang seksi. Pakaian yang terdedah itu membenarkan penerokaan tubuh seorang gadis melalui penglihatan yang merangsang imaginasi seks seseorang. Jadi adakah selaput dara yang terjaga sahaja sesuai digunakan untuk mengukur dara seseorang? Adakah seorang gadis yang masih mempunyai selaput dara tetapi telah diterokai secara langsung ataupun tidak masih boleh dianggap dara? Tidak bukan? Hakikatnya, hanya selaput dara yang terjaga bukanlah penentu status dara seseorang. Walaupun selaput dara belum pecah seseorang tidak boleh dianggap dara jika ia sudah diteroka (langsung ataupun tidak langsung).
 
 Berdasarkan penjelasan itu maka aku mendefinisikan;
  
Gadis adalah masih seorang dara walaupun selaput daranya sudah pecah jika ianya pecah akibat sebab-sebab yang tidak disengajakan. Mereka juga belum pernah bersentuhan (pegang, cium dsb) dengan bukan muhrimnya secara sengaja untuk tujuan memenuhi nafsu mereka ataupun pasangannya. Jika bersentuhan dengan muhrim pula ianya bukan disebabkan untuk tujuan sumbang mahram. Mereka juga tidak sengaja memperlihatkan bentuk tubuh kepada mereka yang tidak berhak melihatnya. Akhir sekali, mereka tidak bermain imaginasi dengan pasangan untuk meningkatkan nafsu syahwat sesama mereka.
 
Extreme kannnn? wooohuuuuu………hehehehhehee….Aku boleh katakan 90% gadis-gadis kita sudah tiada ‘dara’ jika mengikut definisi ini. 10% adalah gadis yang tidak pernah bercinta dan gadis yang bercinta tetapi berjaya mengelak semua ciri-ciri yang terkandung dalam definis tersebut. Namun, amat mustahil bagi pasangan bercinta mengelak walaupun hanya satu ciri tersebut yang menyebabkan aku yakin dengan anggaran 90% tadi. Apapun, definisi ini ada kelebihannya berbanding dengan bergantung kepada selaput dara sahaja. Kita dapat melihat, jika ia penerokaan yang tidak disengajakan maka seorang gadis masih boleh dianggap sebagai dara. Mangsa-mangsa rogol, mangsa-mangsa intipan, gadis-gadis yang aktif hingga pecah selaput dara dan sebagainya, bagi aku adalah masih seorang dara kerana mereka tidak memenuhi definisi tersebut.
 
Disebabkan definisi ini terlalu extreme, mungkin ada orang beranggapan aku adalah seorang yang mahukan gadis suci mengikut definisi aku tadi. Seperti yang aku katakan tadi, walaupun aku membentuk definisi yang extreme ini tetapi aku bukanlah seorang yang extreme sebegitu. Aku menyedari hakikat yang bukan mudah untuk menjumpai seseorang yang belum ada pengalaman bercinta dan kemudian tidak pernah diteroka seperti ciri-ciri yang aku jelaskan tadi. Dengan kesedaran itu, pada aku lebih baik menerima seseorang seadanya. Kisah lampaunya usahlah difikirkan kerana semua orang melakukan kesilapan pada masa muda. Perkahwinan juga bukan berkenaan seks semata-mata. Walaupun berkahwin dengan seorang yang bukan lagi dara sebuah pasangan boleh hidup bahagia. Itu terpulang kepada setiap pasangan membentuk perhubungan mereka.Malam pertama yang berdarah… tak penting jika ikut pendapat aku lah….hmmmmmm
 
Errrrr……dan ada satu yang aku mahu tambah disini. Aku mengaku yang aku bukan lagi seorang dara. Bermula pada usia belasan tahun aku telah ‘pecah dara’. Bontot ku keluar darah… taik keras dan besar punya angkara. Sakitnya hingga aku terkangkang seharian disebabkan olehnya. hahahahhahahha😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s