Mengemut time…!!! (RA 21)

Posted: January 17, 2011 in 2011
SENAMAN kemutan dilakukan dengan mencengkam otot pembukaan lubang kencing dan dubur atau mencengkam otot lantai pelvis. Dalam erti kata lain, ia seperti menahan kencing atau membuang air besar.

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, kebiasaannya dalam keadaan tertentu saja. Jika dilakukan sama ada oleh lelaki atau wanita, mereka berasa kurang selesa.

Lelaki akan terasa dubur seperti tersekat dan jika membuang air besar akan terasa seperti sembelit. Jika menghidap buasir, ia lebih menyakitkan.
Bagi wanita, mereka akan rasa terangsang pula, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Tetapi, jika paha direnggangkan sedikit mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.

Amalan mengemut ini ada kebaikannya. Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar dan memadatkan pangkal zakar serta menolak pengaliran darah ke hujung zakar menjadikannya lebih padat dan besar.

Bagi wanita pula, ia boleh menyempitkan pembukaan faraj supaya angin tidak keluar masuk ketika wanita berkenaan bergerak sewaktu melakukan persetubuhan.

Apa yang pasti, senaman kemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan pasangan. Malah, hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih merangsangkan.

for ladies….exercise ni bagus supaya dah tua nnt tak le ada masalah incontinence – dimana bila otot dalaman dah tak kuat, kalau bersin ke batuk ke, boleh kuar air kencing, i.e. air kencing meleleh je lah…bukan setakat nak bagi sedap kat suami je….

 
P.S: bg kaum pompuan senaman ni elok korang wat 10minit sblm tido n bgn tido…okay..kasi cengkam secengkamnye…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s