Sakit Hati??!!!

Posted: January 10, 2011 in 2011
Apa perasaan anda bila hati disakiti? Tentu sakit kan? Tapi pernahkah anda terfikir perasaan orang yang anda sakiti? Sudah tentu sakit juga. Malah lebih daripada itu. Apa tidaknya, jika orang sakitkan hati anda sekali, balasan untuk sakit hati itu anda pulangkan dua kali ganda sakitnya.

Cerita pasal sakit hati memang menyakitkan. Lebih sakit daripada penyakit barah hati. Sebab bila sakit itu sudah semakin banyak, menebal dan membengkak, hati akan jadi hitam, hodoh, rentung hangus dan teramat sakit. Sakit hati lahir daripada sikap manusia yang hatinya sakit. Bila hatinya sakit, dia akan menyakiti hati orang lain pula. Susah juga mahu merawat orang yang hatinya sakit. Memang payah.

Ada manusia pandai pura-pura. Banyak yng ku  jumpa mcm tu…Bila berada depan kita cukup baik. Pandai pula berlaut madu berpantai gula. Tetapi sikap sebenar terbongkar bila berada di belakang kita. Macam-macam yang dia kata. Sebab itu ramai manusia jadi sakit hati dengan dia. Bila penyakit hati sudah merebak, akan timbul umpat dan keji. Tak kurang juga fitnah melata dusta. Yang tak wujud diadakan. Yang sedikit ditokok tambah.
Memang pelik. Apa tujuan manusia hidup? Ada pula suka menunjuk-nujuk. Suka menindas yang miskin. Yang kaya diagung-agungkan. Lalu wujud pula istilah diskriminasi. Bila manusia ada perasaan iri hati, hatinya akan sakit. Mulalah tunjuk lagak dan kuasa. Dunia bagai dia yang punya. Tak ingat TUHAN sentiasa ada. Memerhati kita setiap masa.

Apalah guna jadi manusia kalau hidup sentiasa menyakitkan hati orang. Bukan hati seorang manusia sahaja yang akan sakit, hati anak cucunya juga akan sakit. Hidup ini kan bersaudara. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

TIDAK BERIMAN SESEORANG DARIPADA KAMU SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI MANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI.
Bagaimana mahu mengasihi saudara jika hati sentiasa sakit? Ruang kosong itu dipenuhi dengan rasa sakit. Tiada tempat untuk meletakkan rasa sayang dan kasih. Justeru jika hati rasa sakit. So….Cepat-cepatlah merawatnya.

**Kiwak …Babi tul..!!! aku tgh sakit hati nie…bengang!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s