Kekejaman manusia yng tak bermoral!

Posted: October 19, 2010 in 2010

Sememangnya dunia yang kita duduk sekarang ni adalah dunia yang dipenuhi oleh berjuta macam kisah… Dari kisah wanita potong konek suami sendiri sampailah ke kisah orang glemor kita yang teringin nak ikut stail kahwin cerai macam artis Barat… lawak kannn? Cubalah korang dengar lawak sebanyak beberapa ratus kali… Lawak takde, jelak la iye..!! Pernah tak korang terfikir bahawa televisyen yang korang tonton hari-hari memaparkan perkara yang sama hari-hari? Jalan ceritanya berubah tapi akar umbinya tetap tak berubah-ubah… Kalau cerita bergaduh pasal berebut harta-pusaka, berkoyan-koyanlah segala mak bapak cerita tentang perkara yang sama dijadikan tulang cerita…

Lepas tu beralih pulak pada siaran berita… Cuba gua tanya, apa yang selalu korang teka setiap kali sebelum penyampai berita menyampaikan berita beliau? Balik-balik kemalangan ngeri, ragut, rogol, bunuh, rompak, kahwin lari, cerai-berai, bertegang urat dalam sidang, sorok status kahwin dan paling utama sekarang ialah buang anak…peh…! ape nye nonok plak tu tak sakit ke ekh?? senang je beranak sepah sepah cam kucing! without Epidural lagii….kelassss!!!! Actualy sejak zaman Kesultanan Melayu lagi perkara macam ni dahpun wujud sebenarnya… Cuma dengan kecanggihan teknologi zaman siber-maiber sekarang ni, berita tentang buang bayi cuma mengambil masa beberapa saat untuk disampaikan ke seluruh negara bahkan ke seluruh dunia…

Sayang sekali, betapa canggihnya teknologi tidak membuktikan bahawa minda sadis golongan ‘urbanlah sangat’ kita turut canggih..!! Nilai kemanusiaan kini sudah setaraf dengan sampah belakang umah aku, sama juga mcm sampah belakang umah korang…. Apatah lagi anak-anak kecil yang masih bertali-pusat dan tidak mampu bertindak mempertahankan dirinya sendiri dibuang ke dalam tong sampah yang mana juga dihurungi oleh lalat, berengga, kerengga dan juga anjing-anjing liar…Haiiiizzzz..mana agaknye pergi otak urban kita? Urban sangatkah dengan sikap pandang remeh dengan tangisan bayi yang menjerit kesakitan digigit oleh sejuk dan juga semut malah binatang liar lain? Gila..!! Sebongok-bongok gua pun, tak tergamak gua nak dengar atau saksikan benda macam tu terjadi depan mata gua sendiri…

Malu? Takut? Tak nak bertanggungjawab?

Hei, kawan… Belum ada seorang pun manusia yang hidup dalam dunia ni yang tak pikul tanggungjawab… Yang sebenar belum menggalas tanggungjawab adalah bayi yang sedang dihurung ulat dalam tong sampah tu… Bukan kita yang ‘urbanlah sangat’ ni..!! Itu pun susah sangat nak fikir?  Sekarang ni gua takut nak tengok berita, takut nak baca suratkhabar… Sebab gua takut ternampak berita-berita sedih macam yang gua sebutkan tadi terpampang di depan mata gua… Apalagi yang tinggal kalau kemanusiaan hilang? Kita mengaku bahawa kita adalah manusia tapi sikap kita sendiri tak melambangkan status seorang manusia yang disebut di dalam kitab bahawa makhluk Tuhan yang ditugaskan menjadi khalifah di bumi… Faham ke tidak kita dengan perkataan ‘khalifah’ tu?

Janganlah kita marah sekiranya orang lain menggelarkan kita binatang sebab kita sendiri telah membuang sifat kemanusiaan kita untuk menjadi seekor haiwan…

Bodoh nye org…Kapishh..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s