JANGAN SKANDAL ISTERI ATAU SUAMI ORANG!

Posted: January 26, 2011 in 2011
Aku cuba menghidupkan semula Blog aku dengan mencari cerita-cerita benar yang mungkin menarik untuk di baca. Jadi, blog ini kekal dengan cerita mengenai aku dan juga cerita rekaan aku. Blog itu pula tentang cerita-cerita menarik yang boleh ditemui di internet. Aku hanya mahu pastikan yang ianya kisah-kisah benar sahaja. Semalam, aku terjumpa pula satu keratan akhbar yang menarik. Keratan akhbar itu, Keratan akhbar itu mengingatkan aku terhadap mitos lama mengenai tindakan suami yang menggunakan ilmu perbomohan bagi menangkap isteri mereka yang curang. Ia lebih kurang dengan cerita pada keratan akhbar tersebut tetapi itu lebih kepada kesilapan teknikal.
Mitos wujud daripada kisah benar dan mitos adalah andaian terhadap kejadian. Dalam hal ini, kisah benarnya ialah isteri yang curang ditangkap basah bersama skandal mereka kerana kemaluan mereka melekat serta tidak boleh dilepaskan. Perkara pasangan melekat ini juga pernah menjadi satu artikel dalam Mastika suatu masa dahulu.

Apabila berlaku kes-kes seumpama itu, maka masyarakat membuat mitos yang bahawasanya si suami telah membomohkan isterinya dan jika dia curang maka perkara seperti itu akan berlaku. Akibatnya, ia akan memalukan pasangan-pasangan yang curang ini serta memberi pengajaran kepada orang lain.

Benar atau tidak mitos ini sukar dikenalpasti. Namun, sebaiknya janganlah menjadi curang dan berskandal dengan isteri mahupun suami orang. Jika tidak melekat pun, mungkin boleh ditangkap basah. Jika selamat pun, itu hanya di dunia kerana di akhirat nanti balasan tetap ada kepada orang-orang yang curang kepada pasangannya. Ishhh ishhhh ishhhh!!!!
(Sekadar gambar hiasan…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s